![]() |
Foto: Savanna Hill Resort |
Jika anda mahukan pengalaman yang luar biasa iaitu makan dalam hutan, boleh lah segera berkunjung ke Savanna Hill Resort yang terletak di Ulu Tiram, kira-kira 30 kilometer dari pusat bandaraya Johor Bahru.
Untuk pengetahuan anda, Savanna Hill Resort terletak di kawasan bukit serta dihiasi dengan pokok pine dan pada waktu pagi resort ini dipenuhi dengan kabus tebal dan bersuhu rendah.
![]() |
Penginapan di Savanna Hill Resort! Foto: Savanna Hill Resort |
Berbalik pada inginkan suasana makan yang luar biasa, pengunjung doiberikan peluang menjamu selera dibawah teduhan rimbunan dedaun hijau dan ditemani bunyi cengkerik menyanyi.
Kawasan 'Makan Di Hutan' ini agak sedikit tersembunyi kerana ditutupi oleh rimbunan pokok hutan serta akar kayu dan kebanyakkan pengunjung yang menginap di sini juga tidak tahu akan kewujudan tempat ini.
![]() |
Foto: Savanna Hill Resort |
Lebih menarik, apabila tiba sahaja di situ, pengunjung dapat menikmati suasana meriah makan dalam hutan dengan dihidangkan pelbagai jenis menu bufet tradisional yang dihidangkan di atas meja yang beralaskan dedaun nipah dan dekorasi berasaskan kayu hutan dan buluh.
Reka hiasannya bertemakan kediaman orang asli, dua buah bangsal beratapkan nipah tersedia bersama dekorasi gantungan lampu minyak serta perabot yang diperbuat daripada kayu balak bagi menambahkan lagi keseronokkan makan di situ.
![]() |
Foto: Savanna Hill Resort |
Untuk tempahan dan maklumat lanjut,
Lokasi
Lot 1516, Jalan Nasiman, Batu 18, Sg Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor.
No Telefon
07-865 7737
Laman Sesawang
Facebook
Instagram
Email
shsavannahill@gmail.com
1 Comments
Menarik!!!
ReplyDelete