Assalamualaikum, Hai semua!
Entry kali ini khas buat sesiapa yang tidak mempunyai kepakaran menggunakan adobe photoshop dan adobe illustrator untuk membuat design untuk website, digital marketing, banner, logo, brochures, kad bisnes, newsletter dan ads. Selepas baca entry ini dah tak perlu lah runsing memikirkan cara bagaimana nak buat design yang menarik untuk mempromosikan majlis atau online bisnes.
Canva ialah alternatif kepada pengguna yang kurang mahir atau kurang kreatif untuk nak design something kerana pengunaannya lebih mudah. Terdapat ribuan template dan layout menarik terserdia untuk pelbagai jenis design. Korang tinggal pilih dan edit sedikit sahaja dengan masukkan maklumat, elemen, gambar dan info berkaitan. Boleh dikatakan, Canva ini pemudah cara dalam menghasilkan design yang kemas, cantik dan menarik.
Korang juga boleh menggunakan Canva di smartphone masing-masing. Boleh dapatkan Canva di Apps Store dan Google Play. Sangat mudah untuk edit di mana-mana sahaja.
Jom Ikuti Langkah-Langkah Menggunakan Canva
Pertama sekali, pergi ke link www.canva.com dan klik login. Seperti gambar di atas, boleh log masuk dengan dua cara mudah dengan melalui Facebook atau Google.
Contoh I pilih Instagram Post. Dia akan keluarkan ha macam-macam template belah kiri tu. Tinggal pilih je ikut kesesuaian design tentang apa yang ingin diketengahkan serta berkaitan denga majlis/perniagaan kita..
Nak Resume Cantik Pun Boleh Guna Canva
Ini adalah info tambahan untuk jobseeker di luar sana yang teringin nak resume cantik-cantik, tak payah suruh orang lain designkan resume. Korang boleh je design sendiri dengan canva. Pilih template dan key in je maklumat penting ikut apa yang korang nak ketengahkan dalam resume korang. Template di canva ni sangat kemas design dia, combination color pun bagus.
Semoga entry kali ini bermanfaat buat semua. Selamat Mencuba❤
4 Comments
wah...bagus ni...akak tak pernah lagi guna ni tau..Nanti boleh godeh²
ReplyDeletetulah try lah akak. easier buat design untuk promote online business. :)
DeleteWaaaa best ni, nanti nak try laaa..
ReplyDeleteTapi Sis ko ni katageri tak kreatif Farah oii hahaha
takpe.. canva ada byk design template cantik2 utk sis. ;)
Delete