Assalamualaikum dan Hai semua!
Harini saya nak berkongsi resepi mudah yang menggunakan bahan utama iaitu kentang dan telur. Rasa Spanish Potato Tortilla sangat sedap dan cara pembuatannya tersangatlah simple. Resepi ini saya dapat ilham dari video di YouTube Jamie Oliver. Saya memang suka tengok video masakan dari YouTube dia. Jamie Oliver ni chef yang terkenal di UK. Dia pun ada beberapa cooking show sendiri seperti Jamie Kitchen, Jamie At Home dan The Naked Chef. Resepi yang dia ajar kebanyakkannya simple and senang nak buat.
Tweet di bawah ini adalah teaser tentang spanish potato tortilla 😋
This is not pizza. Just a fluffy spanish potato tortilla❤️ 😋 pic.twitter.com/wmQMBRalYF— Farah Dinah Hassan (@farahdhassan) October 29, 2018
Okay, dibawah ini adalah senarai bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-Bahan
- 6 butir Telur
- 2 biji kentang
- separuh bawang holland
- separuh bell paper
- separuh lobak merah
- Garam secukupnya
- Minyak secukupnya
Cara-Cara Masakan
- Potong semua bahan-bahan cincang halus-halus.
- Panaskan minyak dan goreng kentang bersama bawang holland. Goreng kentang hingga kekuningan, jangan sampai garing atau hangus ya.
- Kemudian, angkat kentang tu dan toskan minyak dia selama beberapa minit.
- Sementara itu, pukulkan 6 butir telur tadi dan letak garam secukupnya.
- Seterusnya, masukkan kentang dan bawang yang telah digoreng, berserta dengan bell paper dan lobak merah yang telah dipotong, campurkan dengan telur tadi.
- Perlahan-lahan tuangkan kesemuanya di dalam kuali pan dan ratakan. Masak dengan api yang kecil atau sederhana.
- Agak-agak dah masak yang bawah tu terbalikkan. Cara terbalikkan telur dadar tersebut ialah dengan menterbalikkan pada pinggan dahulu, kemudian baru masukkan semula ke dalam kuali.
- Teruskan terbalikkan dia until kedua dua permukaan depan dan belakang masak dengan sempurna.
- Apabila dah masak dengan sempurna, siap untuk dihidangkan. Boleh makan dengan sos cili atau sos keju. Selamat mencuba!
9 Comments
mak ai..gebu gilaaaa oiii
ReplyDeletehahaha :D
Deletewow..terangkat tengok...nanti boleh la akak buat
ReplyDeletetrylah buat 👍
Deletewahhh nampak sedapp... nak try juga laa..thanks
ReplyDeletetry jangan tak try :D
Deleteamboi..menggebu sungguh telur dia masak ni
ReplyDeletehehehe :D
Deletesalam...1st time singgah sini..btw rasa mcm pernah tgk cerita realiti korea dia stay kat rumah org spanish org tu masakkn dia ni lah haha terliur rs hati..nnt boleh try..
ReplyDeletedone following ur blog.....jemput singgah ye ke my blog...