Hai, entry kali ini nak bercerita tentang festival Jepun yang akan diadakan di Puteri Harbour. Pagi tadi, kita tengah scrolling down wall Facebook, tiba-tiba ternampak post di Facebook Puteri Harbour berkenaan satu festival jepun yang dinamakan 'Aki Matsuri'.
Punyalah excited sampai tag semua kawan-kawan kita. Dari dulu memang kalau ada sebarang japanese festival memang akan teruja sebab suka sangat dengan kebudayaan, cara hidup dan makanan orang Jepun. Kemungkinan sebab banyak sangan tengok anime and cerita Jepun.
Matsuri dalam bahasa Jepun bermaksud 'perayaan' atau 'festival'. Aki bermaksud musim luruh dan dalam bahasa inggerisnya Autumn. Jadi, Aki Matsuri ialah perayaan musim luruh. Dikatakan, festival ini diadakan buat pertama kalinya di Johor.
Festival ini diadakan di Puteri Harbour pada 10 dan 11 November bermula 4 petang hingga 10.30 malam. Pada biasanya, festival jepun seperti Bon Odori tu diadakan di Shah Alam dan Kuala Lumpur pada setiap tahun sememangnya meriah. Jarang sekali di adakan di Johor. Oleh itu, semua mesti pergi untuk merasai kemeriahan tu.
Pelbagai persembahan tarian, nyanyian dan muzik dari tiga negara iaitu Jepun, Malaysia dan Singapura akan dipersembahkan. Selain itu, gerai-gerai makanan jepun pun ada. Uishhh bab makanan semua favourite. kita kalau dapat sushi, mochi dan cheesecake jepun jadi.
Bukan itu sahaja, bagi sesiapa yang minat dengan suka ambil gambar event atau moments menarik boleh juga sertai pertandingan fotografi di festival ini. Details selanjutnya boleh lihat gambar di bawah.
Sumber: Facebook Puteri Harbour Malaysia
6 Comments
eh eh ajom laa kita!
ReplyDeleteJommm 💪
Deletewhoaaaaa nampak best sangat! pegi ke???
ReplyDeleteMyra | The Grey Lines Between
pergi. esk event dia. selalu pergi event yg Bon Odori kat Shah Alam best. Yang kat Johor ni tak sure.
DeleteWowww bestnyaaa...dah terlepas le pulakkk....
ReplyDeletebestnya kalau dapat pergi sana
ReplyDelete