Maggi ialah makanan kegemaran setiap orang. Setiap rumah pasti menyimpan stok maggi dari semasa ke semasa disebabkan maggi berguna jika kita ingin berjimat, sedang mengembara ataupun terlalu sibuk sampai tak ada masa nak masak dan nak beli makanan di luar.
Tapi, kalau kita asyik buat resepi maggi yang biasa tu je kita pun jadi bosan makan maggi kan. Kenapa tidak kita pelbagai kan resepi kita kan? Dalam hidup kita perlukan kepelbagaian. Oleh itu, saya nak kongsikan idea-idea masakkan maggi yang kreatif dan luar biasa dari YouTube untuk korang semua cuba. Cuba tau nanti!
1. Maggi Masala Pizza
2. Resepi Popia Maggi Goreng Cheese
Haritu duk viral tentang popia carbonara cheese. Ha boleh kot cuba resepi ni, Popia Maggi Goreng Cheese. Untuk siapa nak diet tak galakkan kot. Sebab maggi tu akan digoreng, ditambah pula dengan cheese, kemudian goreng pulak popia tu. Tapi kalau nk cuba jugak boleh ja.
Resepi ni Italian sangat. Biasanya kita gunakan daging cincang kan, tapi resepi di atas ni dia hanya gunakan hot dog sahaja senang. Sayur-sayuran pun dia pakai yang mudah macam brokoli, lobak merah dan cili. Kemudian letak pasta sheet nak buat dia berlapis. Boleh cuba, resepi simple dan menarik.
4. Cucur Maggi
Kalau bosan makan cucur ikan bilis ja, cubalah buat cucur maggi pulak. Apa agaknya rasa dia. Nanti kelapangan fara nak cuba lah. Sedap makan cucur waktu minum petang kan.
5. Kerabu Maggi Asam Laksa
Ini resepi istimewa yang kita jumpa di YouTube dari Sheila Rusly. Resepi mudah dan tak ambil masa lama nak siapkan dia. Sedap tengok bila part dia tengah gaul dengan udang dan sotong tu. Terus lapar dan rasa nak makan kerabu maggi ni sekarang jugak.
Sekian dari saya untuk hari ini. Selamat mencuba! Kalau ada yang dah pernah buat salah satu resepi di atas boleh lah kongsi rasa dan pengalaman di ruangan comment di bawah ini.
13 Comments
ada juga cadang nak buat macam macam tapi selalu nya yang basic tu juga la last last
ReplyDeletebetul hahaha. tak dapat dinafikan bila datang hari malas tu maggi biasa jugak jadi pilihan
Deletewowwwww.......sekali tengokkkk habis terliur...hahaha..
ReplyDeleteterliur.. boleh try resepi2 tu.. hahaha
DeleteWaaaa boleh cuba ni nantiii...
ReplyDeleteWalaupun maggi tapi kalau dah di masak pelbagai gaya, jadi sedap kannn
betul tu sis
Deletecucur maggi tu macam menarik ajee..hihihi
ReplyDeletetry kak sun. nanti boleh pos resepi kat blog
Deletekenapa semua sedap sangat ni..nanti agak² dah ketandusan idea nak makan ape,boleh la buat
ReplyDeletebetul2. bila tak tau nak masak apa boleh try nanti
DeleteYa ampunn, sedappp..jadik lapaqq nii..huhu
ReplyDeletehehe.. nanti lapar boleh try resepi kat atas tuh
DeleteWah.. menarik idea ini.. selalu goreng dan berkuah je..
ReplyDelete