Bila sebut sahaja tentang perpustakaan, korang mesti bayangkan suasana yang sunyi, tenang dan berada di antara rak-rak yang dipenuhi oleh buku. Bagi pecinta ilmu, perpustakaan ialah syurga. Perasaan teruja itu tercipta apabila melangkah masuk melihat rak-rak tinggi yang dihiasi dengan buku-buku serta bauan buku-buku lama. Sepertinya terasa buku-buku tu memanggil mereka untuk membacanya.
Korang pernah dengar tentang buku 'The Canon of Medicine' yang ditulis oleh Ibnu Sina. Buku ini diterbitkan pada tahun 1025 masihi. Sehingga hari ini salinan buku itu masih disimpan rapi di beberapa perpustakaan dunia dan menjadi rujukan ilmu perubatan di seluruh dunia. Nampak tak bertapa pentingnya kewujudan perpustakaan di atas muka bumi ini.
Perpustakaan bukan sahaja menjadi tempat penyimpanan dan rujukan buku-buku, dia juga menjadi tempat simpanan manuskrip, journal, artifak, dokumen, peta serta lukisan yang sudah berasal dari abad terdahulu. Sesetengah perpustakaan memiliki mini muzium, pameran dan arkib tersendiri untuk menyimpan dan memelihara barangan yang ada nilai sejarahnya tersendiri.
1. The Bodleian Library
Foto: beyondthelamppost.com |
Ruangan Duke Humphrey of Bodleian Library. Foto: Mentalfloss.com |
2. The Klementinum Library
The Klimentinum Library ialah perpustakaan terbesar dan tercantik yang terletak di Czech Republic. Ruang utamanya dilengkapi dengan barangan antik seperti glob dan jam lama yang dicipta oleh Jan Klien, seorang ahli matematik dan astronomi. Selain itu, dinding dan siling perpustakaan ini juga dihiasi dengan lukisan-lukisan yang melambangkan kehidupan masyarakat di zaman pertengahan. Sebanyak 6 juta dokumen, manuskrip, lukisan dan gambar lama tersimpan rapi dalam perpustakaan ini.
3. Admond Abbey Library
Admond Abbey Library. Foto: Trip Advisor |
4. The Royal Portuguese Cabinet of Reading
Royal Portuguese Cabinet of Reading. Foto: Goodreads.com |
5. The Joanina Library
The Joanina Library dikenali sebagai 'Pusat Sejarah' di University of Coimbra. Perpustakaan ini pada abad ke 18 sewaktu pemerintahan raja Portugis iaitu King João V. Reka hiasan dalaman perpustakaan ini melambangkan seperti istana raja Portugis di zaman medieval. Setiap ruangan perpustakaan ini dihiaskan dengan susun atur rak buku yang memenuhi dinding berserta ukiran-ukiran kayu pada tiang dan perabotnya. Ini menambahkan lagi suasana antik dan bersejarah apabila berada di dalamnya.
Untuk pengetahuan, perpustakaan ini digunakan untuk set penggambaran filem 'Beauty and The Beast' yang disiarkan pada 16 Mac tahun lepas. Perpustakaan ini menjadi sebahagian daripada ruangan dalaman istana Beast tersebut.
Set Penggambaran Beauty and The Beast. Foto: University of Coimbra |
1 Comments
Dalam banyak-banyak tu, Sis suka yang no1..
ReplyDeleteTak tau laa, nampak suasan dia dan susunan buku kat rak, rasa bestnyaa kalau dapat duduk membaca kat situ..