12 Menu Wajib Cuba di Moonlight Cake House Taman Pelangi

Bila dengar sahaja 'Moonlight Cake House'. Korang mesti bayangkan sebuah kedai kek atau bakery yang grand kan dan semua jenis kek yang sedap-sedap mesti ada dijual disini.

Betul, bermacam-macam jenis kek ada dijual disini tetapi sebenarnya ramai yang tak tahu kedai ni juga ada menawarkan menu lainnya juga. Terdapat pelbagai menu tempatan dan antarabangsa yang menarik boleh korang cuba. Semuanya sedap-sedap tau!!

Sempena pembukaan kembali kafe ini selepas dua tahun direnovasi, Moonlight Cake House Taman Pelangi memberi peluang kepada kami untuk merasai sendiri beberapa hidangan istimewa yang selalunya menjadi pilihan pelanggan ketika berkunjung ke restoran tersebut.

Dengan ini, saya ketengahkan dua belas hidangan menarik, memukau dan sedap untuk anda tatap. Kalau teringin, sila pergi cuba sendiri di mana-mana cawangan Moonlight Cake House yang terdekat dengan anda.

1. Norwegian Salmon and Salted Egg Rocket
Menu ni adalah salah satu favourite kita sebab rasa salted egg dia tu sebati dengan salmon dan tak hanyir langsung. 

2. Bamboo Charcoal Homemade Chicken Burger
Burger ayam dia sedap. Daging burger dia sedap sebab diorang buat sendiri tau tade pakai yang sejuk beku dah siap punya.

3. Japanese Pizza 
Pizza ni sangat rare tapi sedap! Seumur hidup tak pernah makan pizza dengan bonito flakes. Combination bonito flakes dengan cheese pizza tu sedap tak tipu! Ni very recommended. you guys kena try!

4. Salted Egg with Chicken Floss Fried Rice 
Ha, korang mesti tak pernah kan makan nasi goreng telur asin. Uish rasa dia not bad tau, lain daripada yang lain. Sedap sangat sebab kita memang peminat salted egg. Siapa yang tak berapa nak suka salted egg tu mungkin dia tak akan suka.

5. Seafood Gnocchi
Yang ni okay, kuah dia rasa macam bolognese pun ada. Yang petak-petak tu tepung but sedap bila campur dengan kuah seafood tu rasa macam korang makan pasta.

6. Australian Lamb Shank 
Yang this one saya suka, daging kambing dia tak ada bau. Very recommended! Tapi menu ni yang paling maha but sedap. 

7. Moonlight Signature Pasta
Signature pasta ni pun sedap, cheese dia tak terlalu muak, rempah dia semua balanced.

8. Risotto Seafood
Yang this one, makanan Italian. Hidangan ni istimewa sebab guna beras risotto. Beras dia mampat dan mengenyangkan. 

9. Piccata Chicken Breast with Mozzarella and Cream Yellow Mustard
Yang ni one of my favourite menu, daging ayam dia lembut, cukup masak dan bila kena dengan kuah cheese tu sedap sangat.

10. Mushroom Soup in French Putt
Mushroom soup ni sedap betul! Yang ni recommended jugak. Kita suka rempah soup ni bila cicah dengan roti rasa dia sangat sedap lagi sedap dar mushroom soup biasa yang kita makan kat pizza hut tu.

11. Morning Light
This one sesuai untuk add on food and siapa on diet, sebab lengkap semua ada.
12. Moonlight Sharing Platter
Platter ni sesuai makan dalam two to three pax ja.

Selesai perkenalkan hidangan berat, kini nak bagi korang kecur pulak dengan hidangan kek yang enak belaka dari Moonlight Cake House! Sejujurnya, bagi siapa yang sukakan rasa kek yang kesederhanaan korang mesti suka kek kat Moonlight Cake House ni. Rasa kek di Moonlight Cake House ni, semua seimbang. Krim atau cheese dia tak muak, kek dia semua tak terlalu manis. Rasa dia semua just nice, sampai kita boleh kata kek dia semua kita suka! Favourite kek kita kat sini dia punya red velvet, peach pine and strawberry shortcake!








Lokasi:
160, Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, 
80400 Johor Bahru, Johor, Malaysia


Waktu Operasi:
Setiap Hari
9 pagi hingga 1 pagi

Website:

Instagram:

Facebook:

Post a Comment

15 Comments

  1. Eeee serius aku suka sangat gambar kek yang first tu..cantik gila oiii

    Eh, ye salmon tu paling aku suke jugak sebab sedapp dan tak hanyir..aku setuju!

    ReplyDelete
  2. ya Allah !! ujiannya rasa scroll tengok gambar makanan2 hahaha..

    ReplyDelete
  3. KEK diaaaa memanggggg tak boleh challenge lerrr..sedapp woiiii...hahahhahaa...

    ReplyDelete
  4. Adudududu..terliur tengok semua ni. untung sangat dapat rasa

    ReplyDelete
  5. sedapnya lah tengok hidangan dia...slurppp

    ReplyDelete
  6. Gambar kek tu mengancam betul. Menu no.2 n no.12 aduhaiii teringin jadinya. Gi Johor bolehlah try g cni nnt

    ReplyDelete
  7. pepagi bw sini memang cari nahas..lapor gitu jek hahaha

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum fara...wow sedapnya tengok menu kat sini...perut jd lapo la...

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan.. Sha follow sini..
    Menariknya menu yang dihidangkan.. boleh bookmark dekat google maps ini..

    ReplyDelete
  10. alahai kenapa tengok time malam ni😂😂😂☺ btw follow sini

    ReplyDelete
  11. Japanese Pizza tu menggoda lah

    ReplyDelete