Pilihan Dalam Kehidupan


Dalam kehidupan, kita sentiasa ada pilihan, nak atau tak nak kita perlu membuat pilihan yang tepat. Dalam membuat pilihan, biarlah kita berfikir secara rasional dan meminta pendapat orang yang dipercayai.

Kadang kala kita juga perlu tegas, jangan biarkan orang lain mempengaruhi kita dalam membuat pilihan kerana pada akhirnya setiap pilihan yang kita pilih itulah yang akan mempengaruhi kehidupan kita dan memperlihatkan siapa diri kita yang sebenarnya. 

Ingat, kehidupan di dunia ini sentiasa ada ujian. Setiap pilihan kita akan ada baik dan buruk di penghujungnya. Semua itu terpulang pada diri kita sendiri kerana Allah beri kita akal untuk berfikir dengan bijak dalam membuat sesuatu keputusan.

Kita ada pilihan untuk jadi baik atau tidak.
Kita ada pilihan untuk sentiasa bahagia atau bersedih.
Kita ada pilihan untuk melakukan sesuatu atau tidak melakukan.
Kita ada pilihan untuk ubah nasib kita atau sentiasa berada dalam zon selesa.
Kita ada pilihan untuk jadi berani atau sebaliknya.
Kita ada pilihan untuk menegakkan kebenaran atau memanipulasinya.
Kita ada pilihan untuk jadi manusia yang berbakti pada masyarakat atau yang pentingkan diri sendiri. 

Oleh itu,
Jangan leka ketika senang.
Jangan salahkan orang lain jika kita sesat.
Jangan takut jika kita berani kerana benar.
Jangan mengalah selagi tidak nampak hasilnya.
Jangan sombong jika kita sudah berada di atas.
Jangan bersedih kerana Allah sentiasa bersama kita.

Setiap apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini adalah pilihan kita. Jangan salahkan orang lain tetapi salahkan diri kita sendiri. Jika tersalah langkah, muhasabah diri dan sentiasa perbaiki apa yang patut serta bersangka baik dengan Allah. Kita manusia biasa yang tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Dari sebuah kesilapan boleh mengajar kita sesuatu yang lebih baik.

Post a Comment

8 Comments

  1. yup benar. kita yang bertanggungjawab. apa jua keputusan xboleh channel kepada orang lain. dulu masa lagi muda remaja we would let orang lain influenced kita but i think makin dewasa da makin bijak =)

    ReplyDelete
  2. Setiap apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini adalah pilihan kita. thanks for this motivation entry !! i liokeee . 😍😍

    ReplyDelete
  3. Nasib manusia tak akan berubah kecuali manusia itu yang hendak berubah, usaha, doa dan tawakal adalah kuncinya

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum farah....mmg betul tu...apa jua yg kita lakukan di dunia ini adalah pilihan kita oleh itu sentiasalah memilih jln yg diredhai Allah..

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang sangat bagus..
    Terima kasih Farah Didi ..

    ReplyDelete
  6. pilihan di tangan kita. apepun pilih yang terbaik

    ReplyDelete
  7. Yes ..kita ada pilihan...semoga tabah dengan pilihan tersebut....

    ReplyDelete