High Tea RM22 Di Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru


Pakej Hi Tea ini RM22 untuk dua orang tau bukan sorang. Korang mesti terperanjatkan dengar harga dia. Serius murah tak tipu. Kita masa pertama kali dengar Sis Lin kata Hi Tea ni RM22 sahaja, memang macam tak percaya. Kebetulan, hari yang diorang ajak Hi Tea tu kita free, so on lah Hi Tea bersama mereka ni. Kalau korang nak beli, kena beli dari aplikasi FAVE, barulah dapat RM22. Harga sebenar RM29.90. Jika nak tahu lebih lanjut boleh klik link dari blog sis lin ni 👉 BELI SET HI-TEA MURAH UNTUK 2 ORANG HANYA RM22 DI FAVE 

Ladies Hi Tea di Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru. Foto: Sis Lin
Apa yang buat kita tertarik dengan Hi Tea di hotel ni selain daripada harga dia yang murah, korang boleh pulak pilih set menu yang korang nak. Ada tiga pilihan set iaitu Set Johorean, Set Fusion dan Set English. So, korang boleh pilih set mana yang menjadi pilihan hati bila ber Hi Tea bersama keluarga/rakan tersayang korang. Nak tahu menu dia boleh rujuk list di bawah:-

Set Johorean
Stuffed Roti Jala with minced chicken curry
Foul Muddamas with Pita Crouton
Otak-Otak Skewer
Sweet Potato Fritter
Onde-Onde
Ketayap

Set Johorean
Set Fusion
Macaroon
Sponge Chocolate Ball
Swan Cream Puff
Royale Cheese Cake
Smoked Duck and Asian Salsa
Grilled Chicken In Tortilla Roll
Cheesy Meat Ball

Set Fusion
Set English
Freshly Baked Scone
Cream and Jam
Crostini Stick
Grilled Chicken In Mini Sesame Bun
Mini Vegetable Pizza
Fruit Cocktail In Shooter Glass
Miniature Chicken and & Mushroom Pie

Set English
Memandangkan kitaorang ramai haritu. Kesemuanya 7 orang. Jadi, masing-masing ambil set yang berlainan, dapatlah jamah sedikit sorang untuk semua set. Alhamdulillah sungguh gitu mengenyangkan lah jugak cuma tak ada makan berat jelah. Yelah Hi Tea kan untuk santai-santai makan sambil berbual. Tempat Hi Tea ni pun cantik dekat Palm Lounge, terasa ala-ala makan dalam kapal gitu. hehehe

Set mana yang menjadi pilihan kita?
Set English. Korang nak tau sebab apa? Set tu mengenyangkan. Dia banyak roti and pastry. Ada pizza, burger, scone dan yang lagi satu ni macam curry puffs.

Set English
Kalau korang sukakan set yang ada banyak manisan. Boleh pilih Fusion set, dia ada macaroon, cheese cake, chocolate and creampuff.

Set Fusion
Kalau Set Johorean pula, dia sebenarnya mengenyangkan juga sebab ada roti jala, kuih ketayap dan keledek goreng. Sedap pun sedap. Dalam set ni, kita suka kuih ketayap dia. Sedap betul rasa pandan dia lebih and lemak ja rasa.

Set Johorean
Selain itu, kebetulan pula hari tu nak sambut sekali hari jadi Ain dan Kim. Meriah lah Hi Tea tu sebab sambut birthday mereka berdua. Haritu memang hari special untuk mereka. Selamat hari tua Ain dan Kim.

Ain dan Kim
Foto: Sis Lin

Post a Comment

10 Comments

  1. Bestkan makan sambil sembang..
    Rasa nak repeat dan beli lagi..
    Jommm Farah ..

    ReplyDelete
  2. Sedap je hi tea punye menu...nyum2

    ReplyDelete
  3. akak pun suka english set tu..scone tu sedap gilerrrr

    ReplyDelete
  4. eyh murah sangat tu kalau RM22 untuk semua benda tu.

    ReplyDelete
  5. love the variety of this high tea, definitely gonna be a delicious dining. Nice! cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Murah yer! Kalau dekat ni konfem huda dah pergi makan2 kat sini

    ReplyDelete
  7. Tetiba lapar pulak ni. Lama dah tak ke Johor.

    ReplyDelete
  8. harganyaa sangat murah dan tengok apa yang datang dengan set pun menarik..
    petang2 ngeteh ke nguppi best kan =D

    ReplyDelete