Kita Ada Hak Untuk Pilih Dengan Siapa Kita Ingin Berkawan

Foto: Tumblr
Harini kita buka topik kawan. Sejujurnya lah, kita memang suka berkawan dengan semua orang. Kita senang berkawan dengan sesiapa pun. Tapi, tak semua orang boleh jadi sahabat baik kita. Korang pun mesti macam tu kan. Yelah kawan memang ramai tapi susah nak cari kawan yang susah senang setia bersama kita, yang memahami kita dan boleh terima perangai gila kita ni seadanya. 

Pada pendapat kita,  kawan ini sentiasa datang dan pergi. Itulah perjalanan hidup. Di tengah-tengah jalan tu kalau dah jumpa kawan yang baik, kita simpan dan hargai kawan kita tu hinggan akhir hayat kita. Kawan yang baik, dia sentiasa ada dengan kita susah senang, ambil berat pasal kita, selalu suntik semangat dalam diri kita saat kita down serta sentiasa memeberi kita kata-kata nasihat di saat memerlukan.

Adakalanya kawan boleh bertukar menjadi lawan sekelip mata dengan wujudnya sifat hasad dengki. Kalau ada kawan-kawan macam tu jom kita angkat kaki dan tak payah layan sebab lambat laun akan memberi impak negatif dalam diri kita. Sebab kita nak bahagia kan, jadi berkawan lah dengan orang yang boleh membahagiakan kita. 

Alhamdulillah, bersyukur sangat pada Allah. Semakin dewasa Allah kirimkan ramai orang yang baik-baik disekeliling kita untuk menjadi sahabat dunia dan akhirat. 
Sekian, celoteh untuk hari ini. 😘

Post a Comment

5 Comments

  1. alhamdulillah...bila makin berusia ni, kita tak pentingkan kuantiti dah...kualiti itu lebih utama

    ReplyDelete
  2. Yes betul tu :) quality over quantity :)

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. yup. sangat setuju. bukan baju2 kee barang dapur je kena KonMari syndrome hehe..
    kawan2 yang toxic pun kita buang sekali =)

    ReplyDelete
  4. Dalam berkawan - Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali...

    ReplyDelete