Pintu masuk utama Big Bad Wolf Johor 2019 |
Setiap tahun, kita memang suka pergi big bad wolf ni. Dulu, masa duduk Shah Alam pun sanggup gi KL nak pergi Big Bad Wolf. Kalau kat Johor, sebelum ni diorang banyak buat di Danga City Mall. Kali ni diorang buat di Mydin Mutiara Rini. Korang masuk je tempat parking Mydin tu.. Tadaaa terus berdebar debar excited nampak event Big Bad Wolf kat situ!! Syurgaaa buku!!
Semalam fara pergi ramai sangat orang. Meriah lah! Buku-buku pun banyak pilihan. Stock limited untuk buku-buku yang best ni kadang-kadang. Tapi jangan risau, habis stok je diorg akan tambah buku-buku yang baru lebih menarik.
Melangkah masuk je dari pintu utama, korang boleh lihat dengan jelas buku-buku semua disusun ikut category supaya senang nak cari nanti kan. Macam-macam kategori ada antaranya ialah literature, romance, self-help, general fiction, activities book for kids, thriller, business dan banyak lagi!!
Buku-Buku Fixi! Yang Little Basket tu best! Kita dah baca! Rugi korang tak beli!! |
Buku Agama/Motivasi |
Buku Kanak-Kanak |
Memang rambang mata kat situ. Kalau boleh semua buku kita nak beli. Dekat dua jam jugak dalam tu. Hahaha. Nasib mama tak teman, kalau tak sakit kaki dia menunggu kita beli buku. Yang kawan kita pun memborong bersama. Dekat rm100 lebih jugaklah Masing-masing punya buku penangan Big Bad Wolf.
Yelah guys, buku-buku ni bukan selalu dapat beli murah. Buku dahlah tersangat murah, buku baru pulak tu.. Bukan buku terpakai ke apa.. Memang baru macam jual kat kedai tu... Dijual dengan harga diskaun up to 95%. Rugilah tak beli..
Ini antara buku-buku yang kita sempat capai! hehe |
Dulu kalau pergi big bad wolf, kita suka beli banyak novel dari buku-buku lain. Zaman tu habis dah. Kali ini kita lebihkan buku self motivation dan marketing. Buku-buku ni semua untuk self-improvement kan. Satu je novel yang berkenan di hati..
Di bawah ni kita sertakan sneak peak beberapa cadangan buku yang korang boleh beli di sana dan baca nanti! Banyak sangat sebenarnya yang best tapi tak mampu nak ambil semua gambar.. exceed limit karang. hehe
Tafsir Al Quran serendah RM26.00 |
Jangan risauu masih sempat lagi kalau korang nak shopping buku.. Event ni hingga 31 Mac.. Stok buku masih banyak yang menarik.. Sampai rasanya mungkin akan aku pergi buat kedua kalinya kot.. Sebab ada buku yang aku teringat ingat di kepala menyesal tak beli tadi.. Jadi, nanti akan datang kot buat kali kedua..
Apa tunggu lagiii.. Pergi sekarang.. Jangan lepaskan peluang.. Bukan senang nak event ni nak buat kat Johor tauuu.. Rugi nanti.. Buku best-best tu kalau dah habis stock.. Menangis terduduk anda nanti..
Untuk maklumat lanjut atau info terkini
Instagram
Facebook
Website
8 Comments
Klu pergi pesta buku tak sah klu x memborong kan.. ritu BBW ada jugak kat kuantan.. Naik gile sekejap tgk buku..
ReplyDeleteArghh bestnya big bad wolf! Dapat beli buku murah-mura is a dream for book lovers
ReplyDeleteRasasa macam nak pergi lagi tapi adeiii hujung minggu yang sibuk plakkk huhuhu tapi dah puashati sebab dapat juga beli...
ReplyDeletebilalah dapat pergi, suami tak minat baca buku, ooppss!
ReplyDeleteAssalamualaikum farah...mmg best dpt ke sini...semua buku ada..
ReplyDeleteIman dah merengek nak pergi, maknya dah pergi dulu hari tu, hehehe
ReplyDeletetafsir al quran tu berbaloi sgt2 harganya
ReplyDeletebuku vaksin pun wajib beli tu!!
tq sharing
Baru je pergi bbw 2019 kat Seremban semalam. Rambang mata tengok buku.
ReplyDelete