Hi semua! Siapa yang berazam nak kurus dari dulu lagi tapi tak kurus-kurus. Nampaknya, macam majoriti je kata ya. Kalau betul, kita nak berkongsi dengan korang tentang suatu pusat perlangsingan badan yang baru dibuka di Bandar Baru Uda iaitu MBH Body Theory!
*Kesemua rawatan yang ditawarkan untuk wanita sahaja ya! Lelaki NO!
Di sini, sebelum korang dapatkan rawatan, mereka akan buat konsultasi dulu dengan korang. Sewaktu konsultasi nilah mereka akan ambil kira berat, bmi, berapa banyak korang makan dan minum air sehari sekali. Selepas tu mereka akan menganalisis lemak dalam badan, dia ada mesin dia. Kemudian, akan kemukan berapa peratus lemak yang terkandung dalam badan korang.
Saya berkesempatan untuk konsultasi. Yelah nak tahu juga berapa banyak lemak dah ku ternak sepanjang jadi blogger ni kan. Kerja makan food review ja. 😂 |
Tentang gemuk air kan. Kita dulu ingatkan kenapalah orang gemuk air banyak minum air ke? Rupanya orang yang kurang minum air boleh menyebabkan dia gemuk air.
Selain itu, korang akan diberitahu berapa kalori dalam makanan yang korang perlu ambil untuk kurus, makanan apa yang boleh dan tidak boleh ambil serta maklumat tentang rawatan yang bersesuaian dengan masalah kegemukkan masing-masing.
Apa yang best, korang tak perlu risau kalau tak ada bajet yang banyak sampai beribu ribu ringgit. Mereka ada juga rawatan yang bersesuaian dengan bajet korang. Cuma kalau mahal kos rawatan tu, kesan dia pun boleh nampak cepat. Kalau kos rawatan tu sederhana maka kesan dia pun lambatlah sedikit.
Produk MBH Body Theory |
👉MBH Flab-U-Less
Rawatan ini sesuai untuk individu yang mempunyai masalah pipi kendur, leher, dagu menggelebeh dan ingin menghilangkan selulit dan lemak. Rawatan ini membantu dari segi memanaskan lemak dan membaikpulih tisu-tisu untuk tingkatkan aliran darah serta memecahkan lemak dengan menggunakan alat RF.
Kelebihan Rawatan
- Kurangkan benjolan lemak
- Kurangkan selulit
- Mencantikan kulit
- Menegangkan kulit kendur
- Membentuk badan menarik
👉MBH Froze Fat Fast
Rawatan untuk pengurusan berat badan menggunakan teknologi BTL iaitu melalui proses pembekuan lemak pada kawasan tetentu. Rawatan ini sesuai untuk individu yang mempunyai masalah lemak degil dan sukar menurunkan berat badan.
Kelebihan Rawatan
- Kurangkan benjolan lemak
- Kurangkan selulit
- Mencantikan kulit
- Menegangkan kulit kendur
- Membentuk badan menarik
Mesin yang gunakan teknologi BTL yang membekukan dan memecahkan lemak |
Rawatan untuk double chin pun ada! Kesan dia cepat pulak tu kita dah tengok sendiri! |
👉MBH Hour Glass Therapy
Rawatan untuk membakar lemak dalam badan, menghilangkan toksin dan membuang air berlebihan yang terkumpul di dalam badan menggunakan kaedah wrapping. Ini sesuai untuk wanita selepas bersalin yang ingin kembali ramping dan individu yang ingin melancarkan pengaliran darah dalam badan.
Kelebihan Rawatan
Mengeluarkan toksin dalam badan
Melegakan otot badan yang sakit
Membakar kalori dalam badan
👉MBH Straight Loss Shell
Rawatan untuk mencairkan lemak luaran dan dalaman dengan menggunakan kaedah spa capsule. Rawatan yang sesuai untuk individu yang mempunyai masalah selulit dan lemak yang tinggi dalam badan.
Kelebihan Rawatan
-Membakar lemak di bawah kulit dan lemak visceral
-Membentuk badan
Rawatan membakar yang menggunakan teknologi terbaru iaitu cavitation dan ultrasound. Sesuai bagi wanita selepas bersalin dan individu yang ingin menegangkan kulit.
Kelebihan Rawatan
-Menegangkan kulit
-Memperbaiki struktur kulit
-Membentuk semula badan
👉MBH Fat Breaker
Rawatan menegangkan kulit wajah, mengurangkan selulit. Sesuai untuk individu yang mempunyai masalah kulit menggelebeh dan selulit selepas bersalin.
Kelebihan Rawatan
-Membakar lemak di bawah kulit dan lemak
-Membentuk badan
Untuk maklumat lanjut:
Facebook:
Instagram :
Alamat :
12 – 02, Jalan Padi Emas 1/4,
UDA Business Center,
2 Comments
iyee...akak pun baru2 ni baca pasal gemuk air tu...sebab kurang minum air, jadi badan kita menampung air yang ada dalam badan sampai jadi macam bengkak2 muka kita, bawah mata etc...jadi, kena la banyakkan minum air supaya badan kita tak payah simpan air...
ReplyDeletewow, mcm2 skrg ya cara nak kurus badan. Hehe.
ReplyDelete