Kisah Blogku: It's Never Too Late To Start Something!

Foto: Google
Hai semua! Harini saya nak bercerita kisah blog ku ini. Blog ni wujud sejak tahun 2010 lagi.. Waktu tu fara form 3.. Semua orang nak ada blog, kita pun nak lah jugak ada blog.. Tulis pun cerita harian di sekolah.. Nampak lah budak2 sangat2.. Waktu tu nama blog kita bukan Faradidi.. Kita punya blog tajuk dia A Different Side Of Me.. Lepas tu makin hari makin banyaklah cerita budak sekolah kan.. Dengan kawan2.. Cerita sakit hati bercinta, crush semua ada.. 😂

Start 2013 hingga 2016 kita tukar blog kita nama Faradidi.. Sebab.. Ada sorang manusia junior sekolah kita.. Dia buat blog.. Lepas tu guna tajuk yang sama dengan blog kita.. So tak naklah sama kita tukar.. Bila letak nama sendiri.. Orang pun takkan lah nak letak nama kita pulak kan..Dua tahun lepas kita dah slowly buang entri lama2 sebab bila baca balik.. Allahu cerita budak2 baru nak up.. Tk matang.. 😂 Ha waktu ni cara tulis blog kita pun dah berubah.. start jadikan blog ni penuh dgn poem dan sajak kehidupan.. Sebab dulu fara suka luahkan  perasaan dengan menulis kan.. Sbb fara ni suka pendam dari melepaskan.. Jadi tulis sajak kehidupan.. Zaman-zaman ni semua tade geng atau community macam sekarang.. Manalah tahu macam mana nak buat income dan sebagainya.. Tak tau how it works..

Tahun 2015/2016 adalah cerita travel and cerita makan di universiti dengan kawan2.. Tu pun blog dh start menyepi sebab tak ada masa.. Sibuk dengan assignment.. Assignment pun kena menulis.. Boleh dikatakan course kitaorg ni macam buat akademik writing setiap hari.. Bukan tu ja.. Kena keluar lagi cari bahan nak tulis.. Memang tak ada masa.. Kerja menulis assignment pun tertangguh memang taklah nak buat kerja blog.. Padahal waktu tu tinggal shah alam.. Sempat je explore banyak benda kat KL/Selangor.. Cuma tak de masa n tak terfikir.. Byk benda lain boleh difikirkan..

Sepanjang 2017, blog ini menyepi sekian lamanyaaa untuk setahun.. 2018 dia kembali hidup sebab seorang faradidi sedang internship.. Lepastu masa internship banyak jugak lah assignment makan.. Sampai lepas intern naik 6kg kau.. Hahahaha masa intern tulah kita terjumpa kakak kakak jdtblogger kita.. Perjumpaan pertama kita dengan diorg di Swiss Inn.. Bertegur sebab nona terjatuhkan makanan lepastu dia sendiri hampir nak terpijak.. Selama di jdtblogger lah.. Kita start aktif blog balik.. Sebabnyaaa ada geng.. Bila ada geng kita semangat..


Sewaktu blog kita baru nak start dengan pos yang tak banyak alahai sehari memang susah nak achieve 500 to 1k sehari.. Tapi after dah berbulan bulan update improve mana yang patut.. Alhamdulillah boleh dikatakan kalau kita update konsisten.. Boleh lebih 1k sehari jumlah pengunjung. Kalau tak ping pong sana sini pun still bacaan masih stabil.. Kalau update dua entri sehari.. Lagi banyak kadang2.. Bila kita baru dalam industri memang banyak benda kena explore and belajar..

Memang seronok lah berblogging ni.. Kita memang jadikan blog ni hobi masa lapang.. Tapi kita seronok and gembira sebab at the same time kita boleh kenal ramai kawan.. Dapat income tambahan.. Dan explore macam2 benda yang kita tak tahu.. Semua orang start from zero.. Mula dari bawah.. Tak kisahlah dah lama blogging atau baru blogging ke.. Kadang orang tak minta apa kan.. Just a little support.. Benda ni boleh buatkan seseorang itu terus maju kehadapan.. Thank you to my sisters of jdtblogger Sis Lin, Kak Sun, Ain, Huda, Kak Eda, Kak Hernee, Kak Juju dan semua yang beri sokongan..



Begitu juga dengan senior kita kak aqalili azizan.. Kita pernah tanya soalan di instagram dia macam mana dia start blogging and sustain semua tu.. Dia jawab "It's never too late to start something" maksudnya di sini.. Kalau kita nak lakukan sesuatu.. Lakukan je.. Make it happen! Go for it! Kalau tak cuba, kita takkan dapat belajar sesuatu..

Sekian coretan hari ini dari seketul Faradidi.. Selamat maju jaya kepada sesiapa yang berniat nak memulakan sesuatu yang baru.. Tetapi masih teragak agak.. Permulaan memang susah kadang kala.. Tapi insyaAllah selalu percaya akan berakhir dengan kebahagiaan..

Post a Comment

6 Comments

  1. Ko tengok tu muka ko Farah hahahah..
    Dari awal kenal sampai sekarang, sama je senyum ko tu hehehehehe....comel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itulah melambangkan identiti sayaaa. hahahah macam tai carol jugak.. dia ada senyuman yang unik melambangkan itu dia.. hahahaha

      Delete
  2. yeee....nak mulakan sesuatu tu senang, tapi nak kekalkan momentum tu susah....ayuhhh la kita!

    ReplyDelete
  3. Seronok bacaa! ♥️ Semangat je kalau ade geng kan. Tgok geng jdtblogger selalu meet up. Hehe.

    ReplyDelete
  4. Yes never late too start something 💪🏻

    ReplyDelete
  5. akk pon start 2010. lepastu senyap sambung balik 2012. lepastu on off start balik 2018. hahaha.. teruk benar attitude. tp sejak join jdt blogger ni semangat ada kawan. nk jugak update selalu. hope lebih istiqamah. jomlah berblogging.

    ReplyDelete