Saya Pemandu Berhemah!


Ini merupakan pesanan ikhlas khidmat masyarakat daripada saya. Siapa yang ada tabiat suka main telefon  ketika memandu, tolonglah berubah sekarang sebelum menyesal di kemudian hari kerana boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya dan kehilangan nyawa. Bukan saja-saja tau, iklan di kaca tv atau laman sosial tu dimainkan setiap hari. Itu semua untuk  memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya. MTV Kak Adibah ni memang tepat sekali memaparkan tabiat buruk rakyat Malaysia di jalan raya. 



Memang sedih jika disebabkan kecuaian gunakan telefon semasa memandu, anda mengorbankan keluarga anda sendiri. Kenangan ngeri sebegitu akan menghantui hidup anda selamanya. Nak ke? Tak nak kan. Oleh itu, masa memandu, sila fokus.  Jangan tak sabar sangat nak baca whatsapp, rekod video, berswafoto dan sebagainya.

Kalau korang nak lihat GPS atau Waze boleh, pastikan beli phone holder yang melekat kat cermin atau dashboard tu.  Jadi takdelah memandu kenderaan dengan sebelah tangan sahaja. Korang pun janganlah focus sangat dengan GPS dan phone tu. Mata tu tengok-tengoklah hadapan dan cermin sisi juga ya.

Selain itu, jangan lupa patuhi had kelajuan yang sepatutnya. Kalau kat kawasan sekolah atau perumahan janganlah bawa lebih 30km/j, takut terlanggar anak orang nanti. Budak ni dia tak berapa nak reti tengok kiri kanan ketika melintas jalan. Diorang kadang-kadang main lintas mengejut sahaja.


Janganlah jadi superman di atas jalan. Bak kata kak Adibah, kalau nak jadi superman, pakai je spender kat luar. Tak berbaloi gadai nyawa! Bayangkan betapa sedihnya ibu tersayang jika berlakunya kemalangan.

Selain itu, jangan lupa sediakan payung sebelum hujan. Kita takdelah doa benda yang bukan-bukan. Cuma korang perlu ada insurans/takaful untuk kereta, tubuh badan sendiri dan orang yang tersayang. Bukan apa, kalau benda dah nak jadi, akan jadi juga, tak dapat nak dielakkan. 

Mungkin ada yang clueless tentang perkara ini. Sebenarnya sedikit sebanyak korang perlu ambil tahu tentang plan dan produk yang ditawarkan. Sangat penting untuk membantu korang di kemudian hari dan takdelah menggelabah semacam nanti.

Amalan pemanduan berhemah bukan hanya menyelamatkan nyawa, ia juga boleh mengukuhkan profil risiko anda masa nak beli atau memperbaharui motor takaful / insurans. Sejak diliberalisasikan, pihak insurans dan takaful lebih adil dalam menetapkan harga premium berdasarkan profil risiko individu. So kalau tak nak bayar premium tinggi, sila mainkan peranan anda!

Untuk tahu maklumat baru tentang plan atau produk insurans/takaful yang tersedia di Malaysia, korang boleh layari laman sesawang piam.org.my atau malaysiantakaful.com.my.

Post a Comment

7 Comments

  1. Bab yang superman atas jalan tu..eeee geramm betul!! Dah berapa kali kenaaa tauuu....sakit hati kitaaaa

    ReplyDelete
  2. hah...betul..nak tunjuk handal pun jangan tempat laluan orang ramai...elak menyusahkan orang lagi ada lah

    ReplyDelete
  3. sakit hati kita kalau jenis bawak keta macam jalan bapak dia punya tuh

    ReplyDelete
  4. Mmg ramai je skrg yg main fon ketika drive. Huhu

    ReplyDelete
  5. malang tak berbau. kita da berhemah tapi orang buat onar. kadang nak marah tu tengok pakcik tua plak. tak sampai hati terus.

    ReplyDelete
  6. eh itukah si dia? tiberrr...hepppp jangan main tepon masa drive ye si dia!!

    ReplyDelete
  7. geram dengan pemandu yg suka guna hp masa drive. kalau accident sorang2 tu takpe lah ni bila libatkan org lain. haishh.

    ReplyDelete