Menerokai Dunia Dasar Laut Yang Menakjubkan di SEA LIFE Malaysia!



Sabtu lalu, fara berkesempatan untuk merasai sendiri keseronokkan menerokai dunia dasar laut SEA LIFE Malaysia bersama beberapa blogger dan media yang lainnya. Seronok sangat tauuu!

SEA LIFE Malaysia adalah sebuah pusat hidupan laut interaktif pertama di negara ini yang mengetengahkan elemen Lego dalam akuariumnya. Inilah yang membuatkan akuarium ini unik serta lain daripada yang lainnya. Yelah akuarium lain manalah ada rekaan-rekaan lego dalam akuarium kan.


Sangat menakjubkan lagi, terdapat 25 tank akuarium di SEA LIFE Malaysia. Di dalamnya tersimpan 13,000 hidupan laut dari 120 spesis yang berasal dari 11 habitat yang berbeza. Kita semua bukan sahaja dapat menyaksikan pelbagai jenis hidupan laut, tetapi juga dapat mempelajari lebih mendalam tentang pemakanan, habitat, tabiat serta pembiakan spesis hidupan laut yang ada di dalam akuarium ini.



Antara spesis yang ada dalam akuarium ini ialah  Zebra Sharks, Black Tip Reef Sharks,Spotted Seahorses, Big Belly Seahorses, Moon Jellies, Blue Spotted Ray, Bala Shark, Golden Arowana, Chcocolate Chip Sea Star, Painted Terrapin, Emperor Anglefish dan banyak lagi!

Big Belly Seahorse
Zebra Shark
Apa yang kita suka tentang akuarium ni, dia terbahagi kepada beberapa zon habitat. Setiap habitat mempunyai keistimewaan dan keunikkan masing-masing, spesis hidupan lautnya pun berbeza. Setiap kali anda melangkah masuk ke pintu baharu anda seperti dibawa untuk mengenali spesies ikan atau hidupan laut yang berbeza. Di setiap zon, akan ada staff menerangkan maklumat ringkas tentang apa yang ada di zon habitat tersebut. Selain itu, disediakan juga tablet yang berisi maklumat terperinci berkenaan dengan spesies hidupan yang terdapat di situ.

Antara zon utama yang menarik perhatian kami semua ialah Coral Reef, Malaysian Rainforest, Shaoling Ring, Stingray Bay, Jellies, Seahorse Nursery, Rock Pool, Ocean Tunnel, Amazing Creation, dan Sunken Shipwreck.

Stingray Bay
Sunken Shipwreck - inspirasi daripada kapal karam sebenar yang dijumpai di Pantai Timur iaitu kapal karam ‘Portugese Wanli’ dari Dinasti Ming.
Coral reef - Kat sini banyak ikan nemo dan dorry!
Chcocolate Chip Sea Star at Rock Pool. Boleh pegang dia.. cuma kena basuh tangan dulu ya!
Amazing Creation - Di sini kanak-kanak pasti suka, boleh melukis, melihat hidupan laut digital bergerak-gerak dalam akuarium dan siap boleh bagi makan lagi!
Ocean Tunnel ni tempat feveret spot kita di SEA LIFE ni. Cantikk sangat kat sini.. Memang terasa macam di dasar laut gitu!
Malaysian Rainforest - Di sini konsep dia mengetengahkan konsep hutan Malaysia serta suasana yang ada di Sungai Johor.
Selain itu, ada juga Behind The Scene Tour, yang ini tak termasuk harga tiket asal tau. Kena tambah lagi RM25. Yang behind the scene tour ni mereka akan tunjuk tentang preparation makanan hidupan laut, apa yang dia makan, tempat kuarantin ikan-ikan yang sakit, cara merawat hidupan laut yang sakit dan macam-macam lagi. Ini baguslah untuk exposure anak-anak kecil.



 Behind-the-Scenes SEA LIFE Tour 
RM25/pax, need to buy SEA LIFE entry ticket first
Max allocation - 15 pax per session (20 minutes)

Harga Tiket
Full Gate Rate for Malaysian/Singaporean/International

Themepark - Adult RM231, Child RM185
Waterpark - Adult RM157, Child RM128, Toddler RM11
SEALIFE - Adult RM95, Child RM74
1 Day Themepark + SEA LIFE - Adult RM278, Child 221
1 Day Themepark + Waterpark + SEA LIFE - Adult RM313, Child RM250
2 Day Themepark + SEA LIFE - Adult RM336, Child 279
2 Day Themepark + Waterpark + SEA LIFE - Adult RM371, Child RM308

Annual Pass Rate for Malaysian
Single park pass (Themepark) - Adult RM231, Child RM185
Double park pass (Themepark + SEA LIFE) - Adult RM278, Child RM221
Triple park pass (Themepark + Waterpark + SEA LIFE) - Adult RM313, Child RM250
*For Singaporean - plus RM58 for every price
*For International - plus RM98 for every price

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook dan Instagram Legoland Malaysia!



Post a Comment

9 Comments

  1. The Ilhams dah ajak Ummi dia ke sana lagi aduiii

    ReplyDelete
  2. tengok gambar kat sini pun rasa seronokkkkk gilerr

    ReplyDelete
  3. seronoknya... mesti ralit nengok ikan2 tuh... bkn bdk2 je suka yg tua mcm akak ni pun jakun hehehhe

    ReplyDelete
  4. legoland dah ada aquarium.. best ini

    ReplyDelete
  5. bestnya.. yang dewasa pun suka tengok kanak2 mesti lagi truja =D

    ReplyDelete
  6. sangat menakjubkan
    Ditunggu Postingan selanjutnya..

    Temui saya Disini

    ReplyDelete
  7. Cantik-cantik gambar Farah ....
    Nanti boleh bawak Mia ke sini ...

    ReplyDelete
  8. Menarik... Teman dah masukkan dalam list untuk next visit...

    ReplyDelete