Foto: https://blog.bulletproof.com |
Kalau dah tau.. barulah boleh ikuti resepi ini.. Resepi ni ringkas ja.. tak ambil masa yang lama pun.. bahan pun tak banyak.. dia sekadar smoothies ringkas utk korang minum sebelum makan, waktu sarapan atau waktu tengah hari yang panas terik tu.. kalau bulan puasa, boleh lah buat air ni untuk berbuka puasa kan..
Bahan-Bahan
(Resepi Untuk Satu Jag)
✔4 biji buah avocado
✔1 cawan susu segar/susu cair/susu full cream/susu rendah lemak
✔Gula Melaka/Gula Merah/Madu secukupnya
(kalau guna gula melaka/gula merah.. make sure cairkan dulu ya)
Farah dah biasa buat untuk satu family.. Jadi memang akan buat satu jag penuh.. lagipun kalau korang buat satu jag penuh pun boleh minum bila-bila kan.. Kalau korang nak buat sedikit atau lebih banyak lagi, pandai-pandai lah agak sendiri berapa banyak nak letak susu, gula/madu tu.. Ikut citarasa korang... kalau nak rasa creamy lebih.. lebihkan susu tu.. Kalau susu yang fara selalu guna ialah Dutch Lady yang Full Cream tu ataupun susu cair brand carnation tu.. Sbb kedua-dua susu tu rasa lemak manis dia sedap..
Cara-Cara
📌Mula-mula buang dulu kulit dan biji avocado tu.
📌Isi dia semua masukkan dalam blender.
📌Kemudian, masukkan sedikit air, susu dan akhir sekali gula yang telah dicairkan/madu.
📌Blend sampai nampak smooth dan sebati.
📌Selepas itu, korang rasa lah kalau kurang manis tambah lagi gula, nak creamy tambah lagi susu.
📌Tadaaaaa. Siap punnn!
Simple dan Ringkas kan.. Jadi, nanti pembaca sekalian boleh lah cuba resepi ni.. pasti dijamin enak dan berkhasiat buat anda semua!
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blogku!
14 Comments
Boleh cuba ni untuk berbuka puasa.
ReplyDeletesedapnya. i love avocado. selalu order avocado + coklat kt kedai (if ada la) hehe
ReplyDeleteNanti nak cuba
ReplyDeleteTerlihat sedap sekali ...
ReplyDeleteCreamy juga bergizi.
Siap kupraktekan pembuatannya, kak
Belum pernah cuba lagi
ReplyDeletealahai...terus rasa teringin..thanks share ye..nanti nak cuba la..akak suka avocado
ReplyDeleteuih...sedapnya..
ReplyDeletesedap tuuuu...campur coklat, jadi la jus alpukat koko..haha..macam kat indonesia
ReplyDeleteSekarang ni selalu nampak ramai orang Malaysia consume anything avocado termasuklah avocado smoothie.
ReplyDeleteMama x reti makan avocado tapi boleh l try nanti
ReplyDeletenampak sedap dan mudah nak sediakan...
ReplyDeletefav sgt klau avocado drink ni.. sbb sedap dan pekat.. boleh cuba lah resepi ni
ReplyDeletesedap ni kalau buat. nak cari avocado ni yg susah sikit
ReplyDeletememang sedap!... nina guna sos coklat bt style di indonesia
ReplyDelete