Jatuh Cinta Dengan Koleksi Althea A'Bloom!

Hai semua! 
Entri hari ini berkisahkan tentang koleksi produk terbaru yang dikeluarkan oleh Althea Korea! Wahhhh bestnyaaa! Mestilah best! Untuk pengetahuan korang, fara memang peminat produk Althea.. Produk dia kebanyakkannya memang menarik, sesuai dengan kulit fara, dan boleh digunakan untuk kegunaan harian. Kadang-kadang fara baru ja nak beli cepat betul dah sold out!

Untuk koleksi Althea A'bloom yang terbaru ni.. Korang kalau berkenan janganlah lepaskan peluang! Produk-produk ni bestseller tau! Cepat ja habis ok! Kalau nak beli sila ke website Althea terus!
Thank you to Althea Korea & Butterfly Project beri I kesempatan buat review untuk Althea A'bloom ni.

Dalam koleksi Althea A'bloom ni terdapat 8 jenis produk iaitu A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet, A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet, A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet, A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet, A'bloom BHA Blackhead Blaster, A'bloom Giant Meringue Puff dan A'bloom Baby Meringue Puffs.



A'Bloom Fruit Mask Collection

Mask ni memang salah satu benda wajib yang perlu ada dalam simpanan kita semua kan. Sekali sekala kita mesti lah nak manjakan kulit dengan pakai mask kan. Supaya kulit akan bertambah sihat, cerah dan cantik kan. Selalunya, kalau kita beli mask mesti dalam kadar harga RM5 to RM15 sehelai  di drugstore dan sebagainya..

Sejak fara dah cuba A'bloom fruit mask collection ni. Memang rasanya macam nak beli stock mask dari Althea ja lah. Dah lah bagus dan puas hati tau pakai. Mask dia sesuai untuk yang muka bulat juga sebab mask dia besar tadelah tak muat ke apa. Essence pun banyak berlebihan. Harga dia pun sangat berpatutan. RM20 dapat 10 helai ok! Memang murah habis. Kalau nak beli sehelai hanya RM2 ja guys! Sangat berbaloi!


A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
(Water Me Long)

Watermelon Mask ni dihasilkan daripada esktrak tembikai dan lavender yang bertujuan untuk melembabkan dan menghidrasikan kulit anda. Kalau sesiapa yang kulit kering atau kulit kombinasi anda boleh cuba. Sebab kulit fara jenis kombinasi, dekat bahagian pipi tu kadang-kadang dia kering. Fara pakai sebelum tidur, dan essense dia tu fara biarkan sampai esok pagi. Pipi rasa lembut sangat.


A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
(Avo Cuddle Me)

Avocado Mask ni diperkaya dengan antioksida yang boleh menjaga serta merawat kulit dengan baik. Selain itu, boleh melambatkan penuaan. Bahan yang ada dalam mask ni ialah ekstrak avocado dan bunga raya yang membolehkan kulit nampak sihat dan bercahaya sentiasa. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering.

 A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
(Sparkle Me Bright)

Lemon Lime Mask mengandungi double Vitamin C iaitu dari Lemon dan Lime untuk mencerahkan kulit yang kusam serta menghilangkan bintik-bintik hitam. Bau ni mask ni sangat menyegarkan! Sesuai digunakan untuk semua kulit terutamanya kulit kombinasi!

 A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet
(Ac Me Peach)

Peach Mask ni mengandungi bahan utama ekstrak peach dan tea tree oil untuk merawat, membersih, mengawal minyak dan menstabilkan kelembapan kulit. Mask ni disarankan bagus untuk seseorang yang mempunyai kulit yang berminyak.


Kesemua mask ni kita dah try tau! Memang best! Sejuk ja muka. Fara pakai sebelum tidur selalunya, bila bangun tidur ja, muka terasa hydrated, moisturized dan lembut. Kulit pun kurang ler cik jerawat nak tumbuh. Bau dia pun fresh. Bau buah buahan segar buat kita rasa tenang bila pakai mask tu. Very recommended all of this mask! 👍👍👍


A'bloom BHA Blackhead Blaster



Siapa je tak ada masalah whitehead dan blackhead ni. Allahu kita masalah ni memang tak pernah selesai. Memang blackhead whitehead tu ada ja sebab pakai make up kan everyday. Yang bahagian hidung kita pula oily terlebih. A'bloom BHA Blackhead Blaster ni fungsi dia sama macam porestrip dan black mask tu. Cuma kalau pakai BHA Blackhead Blaster ni, benda ni tidak menyakitkan dan terasa berangin ja di hidung. Harga RM19.00 sahaja!!

BHA Blackhead Blaster ni dia mengandungi White Willow, Charcoal, Apricot Seed dan Tea Tree Leaf Oil. Cara Penggunaan dia.  Selepas cuci muka tu, apply BHA Blackhead Blaster ni dekat kawasan muka yang berminyak atau yang banyak blackhead dan whitehead ni circular motion (bulatan).. Nak cuci dia.. cuci dengan air suam..


Fara gunakan BHA Blackhead Blaster ni di area hidung dan bawah dagu. Sebab area tu fara paling banyak minyak. Okaylah so far. Dia tak sakit. Nak kata perfect hilangkan tidaklah. Pore strip dan black mask pun tak hilangkan perfect seratus peratus. Bolehlah untuk hilangkan sikit-sikit. Apa yang kita suka, dia lepas basuh tu, kulit area yang kita sapu tu jadi lembut. Kalau pakai pore strips dan black mask, dia jadi kering dan kadang-kadang menggelupaskan. Kalau pakai BHA Blackhead Blaster ni lembut ja dan selesa.


A'bloom Giant Meringue Puff
Meringue Puff ni sangat comel dan sesuai untuk kegunaan harian korang yang pakai make up setiap hari. Pakai Meringue Puff ni senang nak blend. Bukan apa bila kita guna jari blend foundation kita, kadang-kadang tak sekata dan nampak cakey. Guna puff ni, perfect sahaja make up setiap hari. Dah lah lembut, best sangat bila kena kat muka. Ha, yang paling penting Meringue Puff from Althea ni tidak dibuat dengan lateks dan tiada bahan toksik serta sesuai bagi sesiapa yang memiliki kulit sensitif. Harga dia RM11.00 sahaja!



A'bloom Baby Meringue Puffs

Yang baby meringue puffs ni a mini version of giant meringue puffs. Dia comel sangat. Satu kotak ada 3. I suka yang Baby Meringue Puffs ni.. sesuai untuk blend make up di tempat-tempat seperti di hidung, bawah mata, kelopak mata ataupun boleh pakai untuk concealer dan contour. Harga RM15.00!!






Alright, sesiapa yang berminat untuk membeli produk Althea A'bloom Collection ni boleh lah dapatkannya di https://my.althea.kr/exclusive-brands/a-bloom

Post a Comment

5 Comments

  1. Waaa bestnya...cute sangat sponge tu

    ReplyDelete
  2. awww so cantiksss gambar fara...nak 1 mask tu kalo ada lagi...hahahahahhaah

    ReplyDelete
  3. tertarik juga laa hai dengan koleksi althea ni ha :-)

    ReplyDelete