Set Rewang Beriyani di The Straits Kopitiam Memang Sedap!

Alhamdulillah. Berjaya juga hajat kami nak berbuka puasa berempat kan. Lagi kita dah kerja sekarang ni, kurang lah merambu dengan diorang ni.. Dapat jumpa bersyukurnyaaa!

Plan menu buka puasa kami kali ini, set Rewang Beriyani di The Straits Kopitiam!
Set ni harga dia RM58.80 sahaja! Dihidangkan dalam dulang ala-ala makan waktu maulidur rasul. cumaa dulang dia bukanlah macam dulang maulidur rasul yang bersaiz besar tu ya. Saiznya sederhana sahaja. Saya sarankan boleh kongsi set ni untuk dua atau tiga orang.


Set ni siap dengan tiga air sirap selasih percuma! Lauk pauk dia meriah sangat tauu.. Ada ayam, daging, sotong dan udang! Keropok papadom pun adaa boleh menambah rasa krap krup krap krup! hehehe

 Tapi serius memang sedap! Set Ramadan yang lain ada lagi satu iaitu set nasi ambang. Memandangkan sebelum ini kitaorang dah rasa nasi ambang dia, jadi kali ni beralih angin nak mencuba nasi beriyani diorang lah pulak..

Saya dan Sis Lin! Maafkan muka penat saya, baru balik kerja dan lighting terlebih nur di atas.. heheheh

Ain dan Kak Sunah
Dulang beriyani tu kami order dua set. Kitaorang makan dua orang satu dulang. Habis licin okay sebab memang sedap!

Tidak terhenti di situ sahaja ya, lepas isyak ja, kami makan ais krim durian McD. hahahaha Tengoklah memasing happynyaa dapat ais krim duriann!


Nak Baca Review Tentang Makanan Yang Lainnya di The Straits Kopitiam?

Post a Comment

4 Comments

  1. Bestnya dapat jumpa dengan kawan-kawan dan buka puasa sama-sama.

    ReplyDelete
  2. Rindulah kamu kamu dan kamu semua....

    ReplyDelete
  3. hahahah terasa gemuk lah tengok gambar2 dalam entri ni...tiberrr

    ReplyDelete