Photo: Canva |
Kalau ada jerawat walaupun sebiji di wajah sememangnya sangat menganggu. Semua orang akan mengalami masalah ini. Bukan remaja sahaja yang sering mengalami masalah ini, orang dewasa juga mengalaminya. Jerawat sering menyerang di bahagian wajah sehingga boleh menyebabkan seseorang hilang keyakinan terhadap diri sendiri. Dari masalah jerawat yang ringan, boleh menjadi serius jika anda tidak mencegah dengan betul.
1. Jaga kebersihan muka
Photo: Canva |
Bagi anda yang suka memakai alat solek, pastikan cuci alat solek anda dengan bersih sebelum anda tidur. Tidur dengan alat solek akan membuatkan liang pori pada kulit anda tersumbat dan terjadilah jerawat.
2. Gunakan produk penjagaan kulit yang sesuai
Photo: Canva |
Kenal pasti jenis kulit anda dahulu sama ada kering, berminyak ataupun kombinasi. Jika kulit anda kering, jangan gunakan produk penjagaan yang untuk kulit berminyak kerana akan menambahkan lagi kekeringan pada kulit anda yang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat.
3. Minum air secukupnya
Photo: Canva |
Air bukan untuk kelangsungan hidup sahaja, air penting untuk kekalkan kelembapan kulit anda. Minumlah air lapan gelas sehari supaya boleh menyingkirkan juga lebihan minyak di wajah anda selain dari membantu melembabkan kulit.
4. Pakai pelembab muka
Photo: Canva |
Kulit wajah yang kering kadang kala menghasilkan lebih banyak minyak sehingga akan membuatkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Untuk mengelakkan kulit wajah anda terlalu kering, boleh gunakan pelembab muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.
5. Amalkan pemakanan sihat
Photo: Canva |
Kurangkan makan makanan yang berlemak dan bergoreng. Lebihkan sayur dan buah-buahan dalam pemakanan anda kerana nutrient yang terkandung di dalamnya dapat membantu mencegah jerawat pada kulit.
Kalau korang ada tips-tips berkesan yang lainnya, boleh lah berkongsi di ruangan komen di bawah.
6 Comments
akak sejak dah tua ni jerawat timbul time period je... hari biasa jarang keluar, dah tua muka kene rajin jaga hehehehe
ReplyDeleteCukup rehat & tidur. Akak sejak dah 30-an ni, jerawat dah kurang aktif tapi kalau kurang tidur haaaaaa tu dia jerawat membiak kat dahi. Stress je tengok.
ReplyDeleteKurang jerawat sekarang tumbuh sebiji pastu menghilang. Tapi bagus amalkan tips macam ni. Kesihatan kulit memang penting.
ReplyDeleteehehehe Sis kalau tumbuh je jerawat, yang pertama buat adalah, letak tahi hidung hahahahaha...berkesan tau...dia macam bisul, letak lepas tu nanti kecut lerr hahahaha
ReplyDeleteselalu minum air masak :)
ReplyDeletetido kena cukop..hm ni maslh utma yaya
ReplyDeletehuhu >,<