Akhirnya Saya Dah Bertukar Dari Blogspot Ke Dot Com!



Alhamdulillah.
Akhirnya, Fara berjaya tukar dari faradidi.blogspot.com ke faradidi.com. Yeayyy!
Terima kasih rakan-rakan dan pembaca-pembaca blog saya. Tanpa sokongan anda semua takkan ke tahap ini rasanya. Korang semua lah motivasi saya. Paling bersyukur sebab dapat kenal team JDT Blogger. Dari situlah Fara fokus sikit nak bina blog ini sebagai kerjaya sampingan. Dulu seketul Fara ni blogging sorang-sorang tak jadi apa. Bila join diorang barulah bersemangat dia lain macam sikit.

Fara dah berblogging sejak 2010 lagi sebenarnya. Dulu main-main, nak tulis apa tulis sahaja macam diari online kisah fara dan rakan-rakan. Selepas masuk universiti, blog ni bersawang sebabnya tak ada masa nak melayan blog. Assignment pun banyak nak kena tulis. Nak melayan blog tak menyempat. Berhentilah menulis blog lama jugak.

Kenal geng JDT Blogger waktu jadi wartawan dulu. Asyik kena assigned review makan, terserempak dengan diorang. Lagipun Farah dah setahun lebih tukar bidang lain, lebih kepada kreatif media dan marketing sekarang. Jadinya, blog jelah jadi tempat untuk melepaskan rindu kerjaya menulis saya. Tujuan fara tulis blog pun dah berubah, dulunya untuk suka-suka. Sekarang, lebih kepada untuk kerjaya dan berkongsi tips dan pengalaman.

Pada tahun 2018, Fara kembali menulis blog ini. Entry lama-lama fara buang, sebabnya malas nak edit sebab beberapa kali mohon adsense tak lepas, banyak nak kena edit kan. Kalau dah beratus entry tak larat. So, saya start as fresh pada 2017 tu. Lepas 6 bulan, apply adsense terus approve walaupun waktu baru ada 80 artikel.

Sekarang, saya masih setia meng-update blog saya walaupun tak tiap-tiap hari. Puas hati, PV pun dari hari ke hari bertambah baik. Cuma bila tukar domain orang kata PV akan merundum kan. Takpe, InsyaAllah kejap ja tu. Lepas ni hopefully akan naik mencanak pulak ya. Kita positifkan diri.

Pada sebelumnya, niat nak tukar ke custom domain ni dah lama bercadang. Tak terjadi sebab adsense takut hilang pulak. Geng-geng jdt blogger suruh gamble. ha, ini fara tengah gamble. Korang ikutilah kisah saya seterusnya ya adsense saya dapat balik ke tidak. Akan diupdate di kemudian hari.

Still Getting Ready for now..
Nantikan lah entry seterusnya kalau adsense ku kembali. 😂

Nahhh sambungannya


Post a Comment

17 Comments

  1. ringkas dan padat bila .com ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann tak de lagi dot blogspot dot com 😂

      Delete
  2. tahniah :) welcome to the club!

    ReplyDelete
  3. Singgah sini.
    Selamat berjaya.

    ReplyDelete
  4. wahhh tahniah... akak jugak la yang tak tukar lagi

    ReplyDelete
  5. Tahniah Farah..keep writing and keep cing cing cing hahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you sis lin! muahhh. jom kita cing cing sama2

      Delete
  6. alhamdulillah...tahniahhh!! mudahan cepat la adsense approveeee

    ReplyDelete
  7. Weeeee! Best kan bila dah tukar dotcom! Tahniah! hehe

    ReplyDelete
  8. Yahooooooo. TAHNIAHHHHHHHH!!!1 Best rasa berdomain, jangan lupa bayor hujung bulan..Muehehee~

    Ha ah, memang merudum habis PV akuuuuu... Tapi demi hobi dan cita-cita, aku teruskan aje menghapdet..Moga PV naik semulaaa! dan Dimurahkan reeki, AMIN!

    ReplyDelete
  9. wahh bestnya.. maknanya kena fresh start balik la kalo tak rajin nak delete semua. :)

    ReplyDelete