Onion ring ni salah satu kegemeran menu pembuka selera. Kalau makan kat luar pun kadang-kadang suka order onion ring ni. Cumanya, kat luar tu kadang-kadang tak rangup. Mungkin sebab diorang tak letak tepung beras and tak goreng dengan bread crumbs pun. Kat kedai harga mahal, sepinggan dalam RM 8 hingga RM 13. Potion pun sikit. Kalau korang teringin buat sendiri puas makan. Sebiji bawang je dah cukup buat melahap seisi keluarga. Tapi, kalau keluarga ramai, kena buat lebih lah.
Nak buat onion ring ada banyak cara.
Tapi harini fara ajar yang paling mudah, rangup dan sedap untuk korang cuba.
Bahan-Bahan
1 biji bawang holland.
1/2 cawan tepung gandum.
1/2 cawan tepung beras.
Telur.
Black pepper
Serbuk Cili (kalau nak pedas sikit)
Oregano (ini kalau tak ada, tak letak pun tak apa)
Bread crumbs (serbuk roti)
Garam secukupnya.
Cara Memasak
1. Korang potong bawang holland tu dalam anggaran 1cm. Potong bulat macam bentuk cincin tau. Jangan potong hancur, tak jadi onion ring nanti.
2. Buat tepung dia, campurkan tepung gandum, tepung beras, serbuk cili, black pepper, oregano, garam semua. Kemudian, sediakan serbuk roti. Untuk serbuk roti, ada dua jenis, satu yang halus2 warna oren tu, satu lagi warna putih. Kalau fara, fara suka yang warna putih tu. Sebab garing dia lagi best macam kerak goreng pisang. huhu.
3. Seterusnya, bawang yang dipotong tu, korang celup bawang tu dalam telur, selepas tu celup tepung dan akhir sekali baru celup dengan serbuk roti.
4. Panaskan minyak, kemudian boleh goreng sampai warna keperangan. Nampak dia dah garing gitu, silalah angkat. Siaplah onion ring anda, boleh cicah dah dengan sos cili ataupun sos keju.
Korang jangan lupa cuba lah ya, buat minum petang atau sarapan pagi best tau.
8 Comments
aduh menariknya... kalau buat ni maunya akak sorang yang makan nanti... yolah yang lain mana la nk makan heheheh...
ReplyDeletewahhhh.. sedap :)
ReplyDeleteJemput join giveaway ejulz k. Tamat pada 15 JUL 2020.
Giveaway by ejulz & mamapie
Sedapnya. Lama dah tak makan onion ring ni.
ReplyDeleteOh tak susah sangat nak buat ya, tak pernah try takut tak jadi hehe
ReplyDeleteEh elok aje ek ko buat, Sis selalu buat tak jadi laa...nanti try ikut resepi ko plak..maceh Farah..
ReplyDeleteni kak ajan ibah minat lah ni..diornag suka makan bawang..hahahah
ReplyDeletesedapnya.. salam kenal. done follow sini.
ReplyDeletesedapnya..shida dan suami suka onion ring ni :)
ReplyDeletekalau beli ralek mkn..tq sharing resepinya fara..