Apabila masing-masing dah boleh merentas negeri, pasti tercari cari tempat percutian yang menarik buat semua ahli keluarga. Taman tema semestinya pilihan yang tempat. Anda bukan sahaja dapat bercuti bersantai dalam hotel, boleh juga beraktiviti tetapi SOP masih perlu dipraktikkan ya. Perang dengan Covid-19 masih belum berakhir.
Sempena Bricktacular Holiday Candyland ini, Legoland adakan banyak aktiviti dan persembahan yang menarik lain macam kali ini sehingga 19 Januari. Itu yang pack bag terus nak pergi Legoland itu.
Sesungguhnya pengalaman Fara dan keluarga selama dua hari satu malam di Legoland Malaysia Resort sangat menyeronokkan. Waktu mula-mula nak pergi, terfikir nak bawak siapalah agaknya. Sebabnya, kalau Farah dan Husband sahaja macam tak seronok pula. Ajaklah adik husband dan anak dia. Jadi bermulah eksplorasi kami berempat ke Legoland Malaysia.
Tiba sahaja di Legoland Malaysia. Jiwa dewasa ini terus bertukar kepada jiwa kanak-kanak. Fara juga kagum dengan reka bentuk binaan lego yang ada di sekitar Hotel Legoland itu. Bilik penginapan kami dikenali sebagai 'Adventure Theme Room'. Bilik itu sesuai untuk 5 orang iaitu 3 Dewasa 2 Kanak-Kanak. Bilik dia cantik dan kid friendly. kids ada dia punya own bed and playroom, toilet sink, bathrobe, lego and siap treasure box.
|
Bilik dia best. Ada seperate room untuk kanak-kanak. Diorang ada diorang punya room to play without kacau parent. |
|
Bathrobe dia ada untuk kids. Sumpah comel. |
|
Ini toilet dia. |
|
Sampai ja waktu tu hujan, jadi kita layan lah si kecik ni bermain Lego. |
Selepas hujan reda, kami terus siap-siap bergerak ke SEALIFE. Itu pun sudah pukul 5 petang. Tapi tak apa masih ada masa lagi satu jam untuk masuk SEALIFE. Sempena Legoland buat tema Candyland ini, pelbagai aktiviti kita boleh sertai. Dalam SEALIFE ini korang kena cari at least 5 biji candy terdapat dalam akuarium. Ha, carilah. Bila dah dapat, upload dalam instagram dan boleh claim hadiah. Seronok boleh dapat hadiah tau.
|
Ini dia fara bagi clue untuk salah satu candy yang fara jumpa. Yang lainnya korang cari sendiri tau kat SEALIFE.
|
|
Firas dan Pak Longnya melihat ikan-ikan warna warni. |
Si Kecil Firas ini, excited betul. Melekek lekek dia ketawa tengok ikan-ikan berenang. Paling dia suka tengok ikan pari yang kehulu kehilir. Bukan dia sahaja yang excited, mak long dan pak long dia pun. Excited tunjuk dia macam-macam melayankan kerenah excited dia.
|
Sanitizer ada disediakan di mana-mana tau. Korang boleh ja gunakan. Yang penting stay safe! |
Kami sekeluarga berkesempatan menyentuh starfish chocolate chip. Comel nama dia seperti rupa bentuk dia juga.
Bagus bawak anak-anak kecil ke sini, diorang dapat explore dunia dasar laut. Diorang ada pelbagai spesis hidupan laut cantik dan warna warni. Staff di SEALIFE pun diorang mesra explain dan educate kanak-kanak yang berkunjung ke situ. Banyak diorang belajar tentang jenis, habitat dan makanan spesis-spesis hidupan laut yang ada di SEALIFE Malaysia ini.
Dibawah ini fara tunjuk beberapa spesis yang ada di akuarium SEALIFE.
|
Zebra Shark |
|
Lion Fish |
|
Sea Horse |
Keesokkan harinya, selepas check out sahaja, tanpa melengahkan masa lagi kami terus masuk ke theme park. Husband fara dan adik dia first timer, so masing-masing excited sungguh. Kali ini, kita bawa sekali pak cu dia, supaya senang boleh tengokkan Firas sekali. Jadi boleh lah kami take turns nak naik ride nanti.
Masuk-masuk ja di area The Beginning Legoland itu dah berubah jadi candyland. Kagum dengan binaan lego yang membentuk cupcakes, santa dan sebagainya. Sayangnya, kami masuk pada hari Isnin. Tak ada pulak meet and greet dengan Santa. Kalau tak ada dah gambar dengan Lego Santa.
Tapi tak apa lah, sempat ambil gambar replika Lego Santa sahaja.
Kitaorang yang pergi ini semuanya dewasa. Kebanyakkan permainan di sini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 4 atau 5 tahun keatas, ikut ketinggian mereka. Firas baru setahun lebih. Jadi kitaorang take turns. Kami tak ada aim apa, nak main rollercoaster aja. Berkali-kali naiknya masing-masing. Yang first timer lagilah, semua benda dia nak cuba.
Boleh ke instagram fara untuk tengok. beberapa aksi rollercoaster tu.
Sambil tunggu diorang ni naik rollercoaster, fara ajaklah Firas dan ibu dia menonton persembahan yang menarik. Setiap hari akan ada aktiviti serta persembahan menarik yang berbeza-beza sempena Bricktacular Holiday Candyland ini. Banyak sangat persembahan dia. Kami ikuti yang mana sempat sahaja. Jadi, persembahan yang kami sempat ikuti 'Oli Bon Bon Bash' dan 'Chef's Chaos Kitchen'
Nak lihat Oli The Dragon Berjoget? Boleh tonton di bawah.
|
Oli Bon Bon Bash Show |
|
Chef's Chaos Kitchen Show |
Paling seronok apabila kami sekeluarga memburu gingerbread man di miniland. Ini paling seronok. Kami pusing satu miniland cari 10 keping Gingerbread man, Di tepi Gingerbreadman ada huruf tau, kalau gabung kesemua huruf itu akan jadi satu perkataan. Seronok masing-masing dah jumpa, excited dan terus snap. Sambil itu, di sini boleh ajar anak tentang gambaran tempat-tempat landmark tempatan dan luar negara.
|
Ha, ini lah dia salah satu gingerbread man yang fara jumpa! |
Oh ya, kami sempat juga beli beberapa souvenir di Legoland untuk kenangan, gambar, topi dan Lego set untuk Firas. Kalau korang spend minimum RM50, boleh join Advent Calendar Draw diorang. Cabutan bertuah yang membolehkan anda menangi Lego Boxset bernilai minimum RM200. Diorang akan umumkan waktu petang-petang selepas show. Jangan balik terus, kena tunggu, Takut anda yang bertuah.
Apa tunggu lagi? Jangan baca sahaja ulasan di blog kami. Kena rasai pengalaman itu sendiri.
Dengar cerita diorang ada 40% off untuk day ticket. Kalau rasa nak datang every weekend gembirakan anak-anak, boleh lah ambil annual pass. Untuk maklumat lanjut, layari
https://www.legoland.com.my/
3 Comments
Gile tak seronok, jangan kata budak, mak budak pun syokkk hahahaha..
ReplyDeleteWahh cantiknya...teringin nak ke sini
ReplyDeleteseronoknya, Legoland dah lama tak panggil kita
ReplyDelete