Untuk sesetengah ibu mengandung, trimester pertama lah yang paling mencabar. Anda akan alami banyak perubahan dari segi emosi, pemakanan, aktiviti, motivasi dan fizikal. Kalau untuk first pregnancy macam fara ni, boleh dikatakan agak stress untuk nak hadap trimester pertama buat pertama kalinya. Tak payah cakap lah, fara dah macam orang tak terurus. Kadang rasa nak gila pun ada sebabnya kita rasa kita bukan diri kita yang biasanya. Fara alami alahan yang agak teruk jugak pada trimester pertama ni sampaikan handphone and laptop semua tak sentuh. Setiap kali sentuh tak sampai 5 minit ja nak muntah. Dugaan nak jadi ibu ini bukan senang ya kawan-kawan. Fara memang salute ibu-ibu yang kuat di luar sana.
Pada harini, Fara nak ceritakan serba sedikit pengalaman trimester pertama hamil bayi kembar. Fara tahu yang fara mengandung sewaktu itu baru dua minggu. Masa tu pelik, period tak datang-datang. Tapi senggugut kuat. Balik kerja dah macam orang dalam pantang. Siap baju sejuk dengan stocking. Badan macam bisa-bisa lepastu senggugut kuat dalam 2 minggu lebih berlanjutan. Tapi masa awal2 tak syak mengandung pun, jadi tunggu lah period keluar. Tapi tak keluar-keluar.
Selepas itu, entah bagaimana fara teringin sangat nak makan loaded potato bowl kfc. Plan balik kerja nak singgah kfc, lepastu husband lupa nak singgah. Dah sampai rumah memang tidak lah nak keluar lagi, dah maghrib waktu itu. PKP masa tu kfc pun tutup awal. Tak dapat makan loaded potato bowl tu air liur non stop keluar, mood pun swing habis. Pastu terfikir kenapa jadi gini, terdetik di hati aku ni pregnant ke apa. Pada keesokkan harinya, pergi lah beli pregnancy test tu. Test alamak ada dua line tapi satu line tu samar2. Terus snap, whatsapp mama tanya 'Ma, ini maknanya pregnant ke?' Mama pun jawab 'Tahniah anda mengandung!' Aku still tak percaya sebabnya dia kabur.
Esoknya Fara pergi kerja macam biasa, tempat kerja air cond sejuk sangat, senggugut makin kuat. Saya jadi risau sampai takleh nak tegakkan badan. Kerja pun tak boleh nak fokus. Terus pergi HR kata nak pergi klinik. Pastu pergi klinik dr tu kata kencing kotor. Pregnant mungkin ya tapi awal lagi. So, Dr tu suggest suruh pergi jumpa pakar.
Balik je rumah, terus bagitau husband "I pregnant kot. Tapi line dia kabur lagi. So, I tak berani nak cakap. Pastu tunjuk dia pregnancy test tu." Dia pun terdiam ja happy tu happy tapi tak sure kan. Yelah dua2 first time nak dapat anak. Kemudian, dia pergi tunjuk kat mother in law. Since senggugut kuat that day, mother in law risau takut nak gugur ke apa esoknya dia bawak aku jumpa Dr O&G di KPJ.
Jumpa Dr O&G, dia kata memang sah pregnant after buat urine test. Dia scan tak nampak kantung lagi tapi spotted cyst on the right side of my ovaries ukuran dalam 2.4cm. Dr kata 'Don't worry it's just a tiny cyst. Tak perlu risau. Dia mungkin akan kecut. Tak apa repeat scan in 3 weeks. Tentang baby sac dr kata awk pregnant awal lagi, saya tak minum air full bladder haritu. Jadi, doktor pesan next appointment full bladder. Doktor beri folic acid untuk consume. Sebelum ini, memangg tak consume folic acid. Next appointment, nampak baby sac satu ja, dah 4 minggu. Another appointment, masa 6 weeks. Eh nampak 2 janin. Waktu ini kami suami isteri sangat terkejut. Doktor pun excited sbb dia dah lama tak ada patient twins. Start dr 6 weeks bermula lah episode muntah2 dan alahan saya. Sebelum tu selera makan semua ok ja. Cuma senggugut dgn sakit2 badan.
• Rambut gugur, ini sedih sangat.
• Tidak boleh masak langsung. Tak suka bau orang masak terutamanya orang tumis bawang. Ini sampai sekarang pun. Bau nasi pun tak boleh.
• Sewaktu gosok gigi mesti gusi berdarah dan muntah. Kadang rasa terasa tak nak gosok gigi. Apa yang kita dah makan semua terkeluar sayang kan.
9 Comments
Pengalaman trimester pertama akak hehehe...x leh dekat ngan suami, x leh bau dia langsung, so PJJ la kami...lepas tu suka pi Petronas..nak bau minyak..giler kan...rasa wangi sangat...hari- hari nak makan kat luar...pas tu makan lepas tu muntah tu biasa...kenangan dulu la masa preggykan seketul Dania tu...
ReplyDeleteOhh kita pulak nak makan masakan kat rumah je. kalau beli luar je tade selera sangat. nanti adalah complain makanan tu busuk lah apa lah. pelik2 kan pembawakan budak 🤣
DeleteFiza trimester pertama macam fara. Makan je mesti muntah. Bau bawang confirm muntah. Koje, baring je. Kepala tak payah cakap. Pening berdenyut-denyut memanjang. Kalau boleh dipindahkan kepada makcik bawang rasa tu... Memang Fiza bagi terus. 😂🤣
ReplyDeletekann. ada rakan sekerja fara dia kata mabuk hamil ni mind set. dia tak kena mabuk patut bersyukur. bukannya kita buat2.
DeleteBetullah Fara, tak semua org sama. Pernah dgr org kata, macam mn mak kita ngandungkan kita, kita akan alami benda yg sama.. tu pun tak betul jugak.
ReplyDeleteMak akak ngandung akak agak teruk juga mabuknya, tapi masa akak ngandungkan Iman, gagah perkasa, mabuk bila time matahari terbenam aje, pagi elok. Tapi bau masak tak boleh, tapi tetap masak juga sambil tutup hidung, hehehe
Kita ni start 6 bulan lebih baru boleh masak sikit2. Kalau tak sebelum tu belum mula masak lagi, bau bawang je terus muntah. 🤣
DeleteSaya belum ada pengalaman! Hehe..tapi saya salute mak mak semuaaa..Terbaik! Lebih rasa nak hargai emak bila sendiri pregnant, selalu dengar kawan kawan cakap camtu..huhuu
ReplyDeletekann. bila dh jadi ibu baru lah rasa. macam mana mak aku rasa masa pregnant kan aku. everything semua fikir anak dr diri sendiri. kalau belum ada anak segala keputusan untuk diri sendiri, kalau ada anak, fikir anak dulu baru fikir kita.
Deletefuh, mengeram je ek. Lembik2 jugak masa first pregnancy, yang paling ketara tak leh husband buat silap mesti nak emosi. Haha
ReplyDelete